Sunday, 2 March 2014

Lihatlah Dahulu Pasangan sebelum Berkahwin

Alhamdulillah,syukur dapat juga fieda beli buku nie..hihi..saya akan kongsikan sebahagian bab daripada buku yang telah saya baca..sangat bermanfaat bagi semua golongan anak muda yang ingin melihat ciri-ciri pasangannya sebelum berkahwin agar tiada penyesalan di kemudian hari..

1. Lihatlah Dahulu Pasangan Sebelum Berkahwin
  
    Dianjurkan kepada setiap muslim apabila dia ingin menikah dan berniat untuk meminang seorang wanita,agar terlebih dahulu dia melihat calonnya sebelum bermula upacara menikah.Hal itu bertujuan supaya dia dapat mengenali pasangannya dengan lebih jelas dan terang ,sehingga dikemudian hari tidak terjadi penyesalan dan terjadi perkara-perkara yang tidak diinginkan .

  Jadi ,dalam hal ini pandangan mata memainkan peranan sebagai utusan hati.Kadang kala dengan terpautnya pandangan mata di antara lelaki dan wanita menjadi jalan terpautnya dua hati dan timbul keinginan untuk mereka menikah .
  Imam muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ,beliau berkata : "ketika aku berada di sisi Nabi s.a.w lalu datanglah seorang lelaki kepada baginda . Kemudian dia memberitahu kepada banginda bahawa ia kan menikah seorang wanita dari kalangan Ansar ." Kenudian rasulullah s.a.w bertanya : "apakah kamu sudah melihatnya ?" lelaki tersebut menjawab ."Belum!" Rasulullah s.a.w bersabda : "Pergialh dan lihatlah wanita itu, sesungguhnya di dalam pandangan kaum ansar terdapat sesuatu perkara "

  Disini nabi s.a.w tidak membatasi mana pandangan yang diizinkan kepada lelaki dan wanita untuk melihat pasangannya masing-masing .Namun sebahagian para ulama berpendapat yang boleh dilihat adalah wajah dan dua telapak tanagn. Akan tetapi wajah dan tapak tangan boleh dilihat tanpa ada syahwat ketika diluar konteks terjadinya pinangan.

No comments:

Post a Comment